Assalamualaikum dan salam sejahtera.


YouTube!
Merupakan enjin carian kedua selepas Google. Ini bermakna YouTube sering menjadi sumber rujukan kepada semua orang dalam mencari sesuatu maklumat. Hal ini adalah kerana trend pada zaman sekarang manusia lebih gemar menonton video daripada membaca sesuatu artikel. Anda pula bagaimana?

Dalam PDPC,
YouTube memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran. Bagi saya, saya sering menggunakan sumber ini dalam menerangkan konsep dan juga menunjukkan jalan kira bagi subjek matematik. Hal ini adalah sangat memudahkan dan menjimatkan masa. Sumber rujukan saya adalah video pengajaran Cikgu Romie!

Masalah
yang timbul di sini adalah apabila saya ingin menggunakan sebahagian daripada video tersebut sebagai sumber PDPC saya. Sebagai contoh, jika durasi video itu adalah 16:30 minit, sedangkan kita mahu menggunakan isi kandungan video pada minit 4:22 hingga 7:35, maka di sini menjadi satu masalah. Jika gunakan video itu juga dan masukkan ke dalam Frog VLE, maka video itu akan dimainkan dari mula dan berterusan selama 16 minit 30 saat. Boleh terjejas sesi PDPC tu nanti!

Bagaimana saya
memulakan video YouTube pada minit 4:22 dan tamat pada minit 7:35. Jadi, di sini saya kongsikan bersama untuk panduan semua pembaca. Sila perhatikan dan bandingkan URL asal dengan edit.


Pautan Asal:

https://www.youtube.com/watch?v=SMZ2ZTxRrJ4



Pautan Edit:
https://www.youtube.com/embed/SMZ2ZTxRrJ4?start=262&end=455

Untuk menentukan sesuatu video itu MULA dan TAMAT adalah dengan merujuk kepada kod terakhir iaitu
?start=262&end=455.

'262' dan '455' adalah merujuk kepada unit saat. Video ini bermula pada minit 4:22 saat dan tamat pada minit 7:35 saat.

Jika
anda mengalami masalah untuk menukar unit minit kepada saat, anda boleh ke laman ini. Time Converter


**Video Cikgu Romie yang telah selamat di ejas.

Video berjaya diembed dan dimainkan mengikut selang masa yang dipilih.