Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada 30 April yang lalu, saya telah mengikuti lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan Sg Haji Dorani ke Sk Tok Dir, Terengganu. Saya megikuti lawatan ini adalah secara tidak langsung. Oleh kerana Isteri saya wajib mengikuti lawatan ini, saya pun perlu menyertainya oleh kerana perlu menjaga anak yang masih kecil.

Saya di hadapan Frog Classroom SK Tok Dir, Terengganu
Lawatan pemanda aras ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai perkongsian amalan terbaik Frog VLE bersama Guru Advokasi Emas VLE iaitu Cikgu Rosman Abadi bin Abdul Razak. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah finalist 10 orang Guru Inspirasi yang akan merebut anugerah 1BNTA bagi tahun 2017. Semoga berjaya cikgu!

Kejayaan SK Tok Dir. Ada lagi yang belum ditampal tu.
Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Cikgu Rosman sendiri. Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai cara beliau dan pihak pentadbir membudayakan Frog VLE di sekolahnya. Setelah itu, kami di bawa terus ke Frog Classroom bagi melihat dengan lebih dekat lagi bilik abad ke 21 itu. Cantik dan warna yang menarik! Itulah yang saya boleh saya ucapkan.


Pelawat mendengar taklimat disampaikan oleh Cikgu Rosman

Pertama kali mencuba Chromebook. Laju, pantas dengan talian yang power!
Beliau meneruskan lagi dengan menunjukkan dengan lebih mendalam bagaimana beliau mengendalikan laman VLE. Kami turut diajak ber'Kahoot' dan ber'Quizizz'. Semua guru lawatan sangat gembira dan berpuas hati.



Yang menarik, SK Sungai Haji Dorani merupakan sekolah jauh yang sudi berkunjung ke Frog Classroom SK Tok Dir.