Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Isnin bersamaan dengan 17 April 2017, daerah Sabak Bernam sekali lagi menjadi daerah pertama negeri Selangor yang menerima tablet percuma jenama Lenovo Tab3 Essential seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Untuk makluman semua, negeri Selangor merupakan negeri ketiga selepas Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang menerima tablet. Mereka telah menerima tablet berjenama Huawei pada tahun 2016.



Tablet ini telah dilengkapi dengan aplikasi E-Tutor untuk kegunaan guru mencari soalan latihan yang sesuai dengan topik yang diajar di sekolah rendah dan menegah bagi subjek teras manakala aplikasi E-Paper Utusan pula adalah surat khabar digital Utusan yang boleh dibaca tanpa memerlukan akses internet. Hanya permulaannya sahaja akses internet diperlukan untuk tindakan memuat turun akhbar. Langganan ini berlangsung selama 5 tahun.



PPD Sabak Bernam telah menjalankan pengagihan tablet mengikut kumpulan masa. Bagi Sk Tun Dr Ismail, kami berada dalam kumpulan 1 yang bermula pada pukul 8 hingga 11 pagi di SMA Pasir Panjang. Selepas selesai semuanya, setiap orang guru akan menerima seperti berikut:-

  • Tablet Lenovo Tab3 Essential (charger/kabel)
  • Casing jenis getah
  • Sim Kad Magic Celcom
  • Kata Laluan E-Tutor
  • Poster Peraduan Lembaran Kerja Utusan


Pegawai Syarikat Utusan sedang bersiap sedia mengagihkan tablet kepada setiap sekolah

Pegawai sedang menguji setiap tablet sebelum dibawa pulang ke sekolah.




Stesen menandatangani borang SPP, Sijil Pengujian & Pentauliahan



Kad akses kepada E-Tutor dan E-Utusan
Aksesori bersama tablet Lenovo

Paparan Pertama tablet Lenovo. Siap dipasang aplikasi wajib!


Paparan E-Tutor


Langganan surat khabar Utusan Malaysia

Isu Tablet Guru Lenovo Tab3: Nyah Kunci Tablet Segera!