Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 7 April 2017 merupakan satu tarikh yang sukar untuk dilupakan oleh warga pendidik hatta peringkat pentadbir mahupun pelaksana di mana pada hari ini kita menyaksikan talian YES LTE di semua peranti sekolah seluruh Malaysia telah terputus bekalan sekitar jam 11 pagi tadi. Zoom, huddle dan Yes Altitude mengalami nasib yang serupa.


Boleh dikatakan hampir kesemua produk YES mengalami gangguan, tidak terkecuali Frog VLE. Pada jam 11 pagi tadi, kita menyaksikan peranti Zoom berkelip-kelip dan seterusnya Frog VLE tidak dapat diakses langsung walaupun menggunakan talian berbayar persendirian seperti Digi, Celcom, Maxis dan lain-lain lagi.


Ramai guru menyangka bahawa masalah ini perkara biasa tetapi setelah heboh di dalam media sosial rupa-rupanya kes ini merupakan kes di peringkat nasional. Banyak guru cuba untuk menghubungi YES Careline mengenai aduan ini tetapi malangnya tidak respon.

"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi".

Walaupun begitu, terdapat cara lain untuk menyampaikan aduan ini iaitu melalui emel walaupun kadar responnya agak perlahan. Tunggu apa lagi, jom kita buat aduan talian dan masukkan ke dalam koleksi aduan yang pernah sekolah lakukan.

Pada waktu petang sekitar 3 petang, talian sudah mula beransur pulih. Peranti Zoom dan Yes Altitude mula memberikan respons walaupun tidak baik 100 peratus. Apa yang boleh saya katakan, pasukan pembaikpulih rangkain YES telah bekerja sebaik mungkin menyelesaikan masalah ini. Dan kita harus tunggu berita penuh mengenai kisah sebenar disebalik gangguan ini.


Pada saat saya menulis blog ini, pukul 5:21 petang, laman utama www.yes.my masih lagi tidak menunjukkan respon yang baik, malah tiada akses kepadanya.