17 March 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 8 Mac 2017 yang lalu telah diadakan satu majlis yang memang dinantikan oleh ramai warga guru negeri Selangor. Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Negeri Selangor yang diadakan di SMK Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tujuan majlis ini adalah bagi memberi anugerah kepada warga guru dan murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang teknologi pendidikan.

Alhamdulillah, pada tahun 2016 adalah merupakan tahun kedua saya terlibat dengan majlis sebegini. Dan pada anugerah kali ini, saya dan sekolah telah dipanggil untuk menerima anugerah bagi kategori Digital Story Telling Animation (DSTA) Sekolah Rendah dan juga bagi kategori Admin VLE Terbaik Sekolah Rendah. Syukur kepada Allah, saya dan sekolah menerima tempat naib johan bagi kedua-dua kategori ini.

Kami Naib Johan Digital Story Telling Animation
Mereka diberi pelepasan sekolah menengah bagi mengikuti majlis ini

Bagi kategori Digital Story Telling, sekolah diminta menghantar penyertaan 3 orang murid dengan seorang guru. Dan video yang kami hasilkan adalah mengenai peribahasa melayu yang bertajuk "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Alhamdulillah, ini merupakan penyertaan pertama kami dalam bidang TEKNOPEN. Boleh rujuk SINI untuk membaca entri mengenai video DSTA yang dimuat naik ke dalam YouTube.




Pada tahun 2015, saya telah menyertai Guru Amalan Terbaik VLE Sekolah Rendah dan pada tahun 2016 pula, saya diletakkan dalam kategori berbeza, Admin Terbaik VLE bagi mewakili daerah Sabak Bernam. Alhamdulillah, Sabak Bernam muncul daerah terbaik bagi penggunaan VLE untuk tahun 2016.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -