Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 20 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan telah menganjurkan satu aktiviti di bawah Jawatankuasa Pembangunan Staf, LDP iaitu berkenaan dengan Frog VLE. Aktiviti yang lebih kepada bengkel penggunaan peranti YES dan juga penyebaran Modul PIE dalam membina laman PDPC.

Bengkel kali ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot 1 dikendalikan oleh saya sendiri yang bertajuk Penggunaan Peranti YES dalam PDPC dan slot kedua telah disampaikan oleh Cikgu Azhani mengenai Membina Laman PDPC dengan Modul PIE. Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar telah memberi keizinan kepada kami untuk menjalankan kedua-dua slot di kawasannya.

Walaupun dalam minggu cuti penggal 1, namun itu tidak mematahkan semangat guru-guru untuk mengetahui resepi membuat PIE, yang sering diperkatakan oleh guru-guru sekolah saya. Ramai yang bertanya, PIE tu apa? Jadi sebagai makluman, PIE adalah P=Participation, I=Interaction dan E=Engagement. Murid melibatkan diri dengan laman guru lalu cuba berinteraksi dengannya dan terjalinlah hubungan antara isi kandungan dengan murid. Bak kata Johan Raja Lawak, "Adam Stacy Bergabung Meletup!"

Isu yang timbul sepanjang bengkel ialah
1) Skrin peranti YES agak kecil dan menyukarkan guru menjalani slot 1 terutamanya ketika mengisi butiran lengkap semasa melayari Frog VLE.
2) Keupayaan peranti YES yang agak terhad dan terbatas.

Di sini saya ada menyediakan broshure dan nota bergambar bagi slot 1 yang mana sedia untuk dimuat turun.





Gambar bengkel Modul PIE.