13 January 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera


2017 merupakan tahun pertama mengajar TMK tahun 5. Untuk minggu ini, saya mengajar tajuk Rangkaian Komputer. Pada hemat saya, murid agak sukar untuk memahami maksud rangkaian komputer walaupun nampak mudah. Oleh itu, saya gunakan sepenuhnya masa PDP dengan mengajak mereka menyusun semula gambar yang diberikan di dalam Google Drawing bagi membentuk satu rangkaian komputer yang lengkap.

Bahan-bahannya ialah
Sebuah laman Rangkaian Komputer Frog VLE.
Sebuah tugasan Google Drawing
Sebuah alamat emel

Saya membina satu laman terlebih dahulu. Isilah laman tersebut semampu yang mungkin untuk tujuan PDP. Kemudian, saya ingin murid melaksanakan tugasan dengan menggunakan komputer. Maka, saya telah memilih Google Drawing sebagai pilihan.

Di dalam Google Drawing itu, saya telah menetapkan terlebih dahulu saiz paparan agar kelihatan lebar dan memudahkan kerja murid. Saya mengisikan terlebih dahulu gambar:
komputer (8 buah), suiz/hub (2 buah), server/pelayan (1 buah) dan pencetak (1 buah).
Kesemua gambar ini saya letakkan di tepi kanan ruang kerja murid.

Saya susun gambar di bahagian sebelah kanan
Dengan menggunakan Widget Pautan Luar, link bagi tugasan ini telah diselitkan di dalam Laman TMK Frog VLE yang dibina pada awal-awal tadi.


Apabila murid menekan pada link itu, sebuah paparan baru akan terbuka. Murid perlu "Sign In" agar boleh menduplikasikan tugasan ini.

Bagi Netbook sekolah yang dipakai oleh ramai tangan, beberapa akaun penama lain turut "melekat" sekali pada pelayar/browser Chrome. Jadi guru perlu mengajar murid untuk menyalin URL tugasan ini dengan cara Copy & Paste dan membukanya melalui kaedah "Incognito Window" dan "Sign In" semula seperti biasa dengan menggunakan akaun Frog VLE anda.

Selepas murid berjaya menduplikasi dan menamakan tugasan, maka biarkan anak murid bermain-main dengan gambar agar dapat melengkapkan sebuah rangkaian komputer yang lengkap.


Murid menduplikasikan tugasan

Murid menamakan tugasan mengikut nama masing-masing.

Setelah tamat, murid perlu "Share" dengan memasukkan alamat emel Guru.


mohdxxxxx@yes.my

Emel tugasan bertubi-tubi masuk daripada murid.


Salah satu contoh pelajar yang menyelitkan nota ringkas untuk bacaan saya.



Contoh rangkaian komputer berwayar oleh Khairina

Beberapa lagi contoh oleh murid lain.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -