Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semenjak peralihan dari 1Bestarinet fasa 1 kepada fasa 2, banyak perubahan yang dilakukan. Salah satu daripada perubahan yang menarik untuk saya kongsikan di sini ialah perubahan plan data 1Bestarinet khas untuk warga guru. Saya baru sahaja guna 100mb setakat ni!





Pelan data kali ini terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama adalah 2GB data LTE jika anda adalah pengguna telefon Altitude Yes dan yang kedua pula ada 2GB data bagi pengguna broadband Yes seperti Dongle, Huddle atau Zoom. Untunglah bagi warga guru yang memiliki telefon pintar Altitude. Dan sekarang, peranti Altitude ini sedang giat diedarkan kepada warga guru seluruh Malaysia. 

Yes Huddle
Yes Dongle
Yes Zoom
  
Bagi saya yang menetap di luar bandar, cukuplah sekadar 2GB yang percuma ini pada peranti Altitude. Andai kata, data sedia ada tidak mencukupi dan ditambah dengan bajet yang mengizinkan, kita juga boleh menaik taraf langganan sedia ada kepada 1BN Postpaid Teacher Plan 29 dengan tawaran sebanyak RM29 sahaja. Agak boleh tahan dan berbaloi. Dalam pakej langganan itu, kita akan memperoleh 6GB data pada peranti Altitude dan 2GB data broadband.


Telefon jenis LTE yang murah dipasaran.

Jika anda ingin menggunakan data 2GB broadband, kita perlu memiliki dongle yang boleh didapati daripada sekolah mahu pun daripada kedai YES yang berdekatan. Kita hanya perlu install perisian yang membolehkan dongle berfungsi dengan merujuk kepada laman
INI.

Setelah itu, log masuk dengan menggunakan YES ID anda sendiri. Pastikan anda adalah seorang guru. Jika anda ialah (murid/staf/admin), anda hanya diberikan 200mb daripada Yes.

Terdapat dua cara untuk menyemak data yang telah digunakan. Cara pertama adalah dengan melalui laman web YES seperti di bawah ini.
Masuk ke dalam website YES, www.yes.my

Pergi ke pilihan My Account.


Rupa akaun YES di bawah tajaan 1Bestarinet.
Yeay, warga guru Sabak Bernam telah selamat menerima peranti ini!

Bagi cara kedua pula, kita boleh menyemak baki data melalui aplikasi MyYes4g android. Boleh rujuk
di sini. Pasangkan aplikasi ini ke dalam peranti Altitude anda. Semaklah penggunaan semasa data anda.

Gunakanlah dengan sebaiknya data yang diberikan.
Log masuk ke dalam Frog tidak menggunakan data sedia ada. 
Untunglah siapa yang menggunakan platform FROG VLE.