Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Pada hari Rabu yang lalu, 28 September 2016, sekolah jiran iaitu Sk Parit 6 telah datang melakukan kolaborasi bersama dengan sekolah saya. Tujuan mereka adalah untuk meninjau dan mencungkil rahsia tersembunyi mengenai kejayaan sekolah saya mengekalkan capaian peratus KPI penggunaan Frog VLE murid bagi setiap minggu.

Mereka hadir bersama seorang Admin, Seorang Juruteknik Komputer dan 6 orang murid, Bridget Frog Vle sekolah. Kami turut menyediakan 6 orang murid sebagai tanda suai kenal antara mereka.

Setakat ini, mereka merupakan sekolah yang kedua yang datang melawat selain daripada Sk Dr Abdul Latif. Terima kasih diucapkan.

Muka Depan Penanda Buku Kenangan 
Muka Beakang Penanda Buku Kenangan 
Aktiviti dimulakan dengan ucapan pendahuluan. Seterusnya, diadakan juga sedikit ice-breaking untuk 12 orang murid yang berada dalam sesi kolaborasi ini. Setiap murid telah diberikan sebuah penanda buku kenangan dan sekeping kad ID Frog kosong. Mereka perlu melengkapkan kad tersebut dan kemudian menukarkan antara mereka sendiri, berlainan sekolah.
Kad yang perlu diisi murid
Kenangan antara mereka.
Murid melengkapkan kad ID untuk ditukarkan.

Upacara Menukar Kad ID Frog antara murid.
Pelawat diperkenalkan dengan Quizizz sambil dibantu oleh murid kami
Sesi Kolaborasi bersama SK Parit 6