Assalamualaikum & salam sejahtera.


Dunia Frog VLE semakin ditambah baik. Dengan pertambahan warga guru yang berminat kepada platform pembelajaran ini, pihak YES telah menyediakan modul latihan untuk guru atas talian yang dikenali sebagai Frogbites.


FrogAsia telah menyediakan siri pembelajaran atas talian bagi guru-guru yang ingin meneroka penggunaan Frog VLE untuk pengajaran dan pembelajaran. Modul-modul ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. FrogBites adalah satu inisiatif dalam meluaskan Komuniti Pembangunan Professional Guru-Guru atas talian di seluruh Malaysia. Cikgu ada pilihan samada untuk menggunakan modul ini di waktu sendiri, atau gunakannya sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) secara berkumpulan dengan guru-guru yang lain.


Modul pembelajaran buat masa ini hanya ditawarkan kepada semua guru. Bagi Guru Advokasi dan Pentadbir serta Admin belum tersedia buat masa kini. Jom mulakan penerokaan ini.

Kita ditawarkan dengan 2 jenis peringkat modul iaitu tahap 1 dan tahap 2. Tahap 1 lebih kepada asas penggunaan widget di dalam Frog Vle manakala bagi tahap 2 pula, ianya lebih menjurus kepada cadangan penggunaan widget gabungan bagi kesesuaian sesi PDP kita.