Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya bina atas ini dengan Canva


Membina grafik bukanlah suatu perkara yang mudah. Kita selalunya akan terbayang segala macam tool yang ada pada Adobe Photoshop. Perisian grafik seperti ini sangat memerlukan kemahiran yang agak tinggi dalam pembikinan sesuatu grafik.

Bagi warga pendidik yang tidak mahir mengenai perisian grafik, anda bolehlah mencuba Canva. Ia adalah sejenis apps atas talian yang membantu seseorang membina grafik dengan mudah dalam masa yang agak singkat. Syarat wajib yang diperlukan adalah keinginan untuk mempelajarinya dan daya kreativiti anda sendiri.


Dengan menggunakan kaedah tarik dan letak, drag and drop, anda mampu menghasilkan sesuatu karya grafik yang tidak pernah anda bayangkan dapat hasilkannya dalam hidup ini. Saya sendiri turut alaminya. Canva dilengkapi bermacam jenis alatan yang mesra pengguna.



Perkara pertama yang patut anda lakukan adalah dengan membina akaun Canva terlebih dahulu. Kita ditawarkan dengan 3 cara untuk log masuk iaitu melalui emel, Facebook dan juga akaun Google.

Bagi memulakan projek grafik pertama anda, mulakan dengan memilih saiz dan tujuan grafik tersebut hendak dibina. Saya biasanya menggunakan yang bersaiz A4. Sebab ianya mudah untuk dicetak. Jika anda tiada idea membina grafik, anda boleh memilih beberapa template percuma yang ditawarkan oleh Canva. 



Bagi sesiapa yang ingin membina maklumat pada tetulang fail, anda boleh gunakan pilihan "use custom dimensions". Ukur tetulang fail anda menggunakan pembaris dalam unit mm, dan masukkan ukuran tersebut. Bina grafik dan cetak.



Saya sendiri telah cuba untuk membina Kad ID Frog VLE, Iklan Makmal dan muka depan fail menggunakan Canva. Ternyata ianya mudah sekali.