Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada ruangan kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah kuiz interaktif yang sangat menarik iaitu QUIZIZZ. Jika anda pernah mencuba kuiz interaktif, KAHOOT, pastinya anda akan teruja kerana aplikasi ini mempunyai beberapa ciri yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Kahoot.

Kenapa anda perlu tahu mengenainya?
Sebabnya ialah kita perlu mencari kepelbagaian bentuk dalam memberi kuiz/penilaian kepada anak murid. Cikgu pun sungguh teruja, inikan pula anak murid. Kuiz ini boleh diintegrasi dengan Frog Vle. Sejujurnya, widget kuiz yang sedia ada di dalam Frog Vle nampak seperti biasa walaupun ada ura-ura kuiz tersebut akan diubahsuai. Namun, masih tetap sama. Wait & See!


JOM MULAKAN AKAUN QUIZIZZ!