Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jangka sudut untuk kegunaan aktiviti rekreasi matematik

Pada Sabtu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah mengadakan satu Kem Jana Ilmu bertempat di kawasan sekolah. Murid tahun 6 di bahagikan kepada 8 kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan bergerak ke empat buah stesen mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Di setiap stesen murid perlu menghabiskan masa selama 30 minit dengan menjawab beberapa aktiviti yang disediakan. Bagi stesen Matematik, saya dan beberapa orang guru bertanggungjawab mengendalikan akiviti.

STESEN 1 - "Siapa Kawan Saya".
Guru beri tiga nombor yang mempunyai tiga aras yang berbeza iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Murid dikehendaki mencari pasangan darab bagi nombor yang diberikan. Sebagai contoh, nombor yang berikan ialah 36. Pasangan darab bagi 36 ialah 6 x 6 = 36, 1 x 6 = 6 dan lain-lain. 

STESEN 2 - "Yang Mana Satu Lebih Besar"
Murid 3 keping bentuk segi empat sama yang sama saiz. Murid perlu lipat dan bentukkan kertas itu mengikut pecahan yang diberikan. Seterusnya murid perlu membandingkan pecahan mana yang lebih besar dan kecil, urutan menaik dan urutan menurun.

STESEN 3 - "Dimanakah Saya"
Murid perlu menggunakan jangka sudut untuk menentukan ukuran sudut bagi sesuatu objek yang disusun guru. Guru berikan peraturan semasa mengukur sudut agar jawapan murid tepat.


Saya sebagai ketua stesen Matematik.


Murid lelaki mendengar taklimat ringkas tentang peraturan aktiviti.


Murid perempuan mendengar taklimat ringkas tentang peraturan aktiviti.


Murid sedang melorek pecahan yang dikehendaki.


Guru sedang mengira markah kumpulan.


Bantuan kepada murid yang alami masalah.


No 10 tu tidak terlibat dalam aktiviti ini. Biasalah...kertas recycle!


Murid menjalankan aktiviti mengukur sudut.


Muat Turun