Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Seperti biasa, apabila masuknya bulan baru dan kini adalah bulan Jun, maka akan wujudlah laman baru untuk bulan tersebut. Laman ini hanya bertujuan sebagai tempat pemberi maklumat dan sebarang info kepada murid-murid.

Apabila murid log masuk ke dalam Frog, laman ini dulu akan dilihat oleh murid dan kemudian barulah laman yang lain. Bagi sekolah saya, telah ditetapkan sebanyak 5 laman iaitu :

1)  Laman Bulan Jun
2)  Dashboard murid
3)  Laman Rekod Pinjaman Netbook
4)  Timeline Murid
5)  Laman Pengurusan Sekolah 2016

Bagi guru/staf/admin, 5 laman ini berbeza dan mempunyai sesetengah maklumat yang perlu dirahsiakan daripada murid dan boleh dilihat oleh staf/guru/admin. KLIK SINI untuk melihat tutorial menambah dashbaord Frog Vle kumpulan di sekolah.