Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahukah anda bahawa kita boleh menambah dan menukar kedudukan paparan laman pada dashboard utama Frog Vle. Pada Frog Bar, sudah tentulah kita akan menggunakan simbol seperti di bawah ini untuk menyelak laman lain di sebelah. Sudah semestinya anda akan perasan ada tiga titik yang mewakili laman dashboard peribadi, timeline dan dashboard sekolah.


Sebenarnya, kita boleh menambah daripada tiga kepada maksimum lima laman. Bermakna, kita mempunyai lima bulatan kecil pada Frog Bar. Yang lebih menariknya, kita boleh tentukan kedudukan laman mana yang pertama sehingga yang kelima.