Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada pertemuan kali ini, saya ingin berkongsikan apa yang telah kami lakukan untuk menjadikan makmal komputer sebagai tempat yang kondusif dan selesa. 

Ada sebuah papan kenyataan yang kosong di hadapan makmal. Permukaan papan rosak, tulisan pen marker yang kekal dan sukar untuk dibersihkan. Akhirnya, kami mengantikan papan tulis itu kepada banner saiz 9 kali 4 kaki yang ditampal pada dinding dengan menggunakan double tape jenis Acrylic.

Kami menggunakan khidmat PurplePrint yang terletak di Bangi. Kualiti cetakan banner yang baik dan memuaskan. Yang paling penting, 1 Kaki = RM1. Bermakna...9x4 kaki = RM36 sahaja!



Banner dihasilkan dengan menggunakan perisian biasa, Publisher. Setkan saiz banner dan teruskan editing seperti biasa. Lagi satu, PC/Notebook mesti sepower mungkin.








Nak design banner? Nah....download DI SINI.