Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi ahli jawatankuasa menghias papan maklumat Frog VLE, sudah tentulah mengalami masalah yang serupa dengan saya. Masalah utama ialah bahan apa yang hendak ditunjukkan?

Alhamdulillah, tidak dapat banyak, sedikit pun jadilah. Yang penting papan kenyataan yang bersih suci dapat dipenuhkan dengan bahan-bahan berkaitan dengan Frog VLE. Sejujurnya, saya peroleh bahan adalah daripada sumber internet yang dikumpulkan. Walaupun begitu, terdapat beberapa bahan yang saya dan rakan sendiri hasilkan.

Bahan-bahan menarik Frog VLE untuk hiasan ialah :
1) Keratan akhbar mengenai Frog VLE.
2) Aplikasi-Aplikasi abad 21.
3) Panduan Pek Permulaan Sekolah 2016.
4) Poster Frog VLE dari Internet.
5) Paparan "Print Screen" laman VLE sekolah.
6) Carta Organisasi Makmal & GM1M.
7) Galeri Foto aktiviti Frog VLE.
8) QR Code laman penting sekolah.
9) Paparan KPI% mingguan Murid dan Guru.
10) Paparan Murid Terbaik Frog VLE bulanan.
11) Anugerah/Pencapaian Sekolah dalam VLE.

Modal/kos : Usaha + masa + plastik laminate










Papan kenyataan kedua, akan saya tunjukkan kemudian kerana masih belum siap lagi. 

Jangan risau, semua bahan yang anda lihat ini boleh
MUAT TURUN di SINI (klik skip ads>>)





Pada tahun ini juga, kita diperkenalkan dengan PIE, Chendol, Teh Ais, Cake dan bermacam jenis lagi nama makanan. Semuanya itu adalah kaedah bagi menyediakan laman frog vle supaya lebih terarah dan berfokus.

Jangan risau, Poster bersaiz besar boleh dimuat turun. 
Anda boleh
MUAT TURUN di SINI (klik skip ads>>)