Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2016 merupakan tahun pertama saya mengajar subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi. Jadual PDP mewajibkan murid diajar di dalam makmal menggunakan komputer dan internet. Oleh itu, Frog Vle adalah merupakan platform yang paling sesuai untuk menyampaikan pengajaran subjek ini.

Latihan yang boleh dipelbagaikan selain daripada menggunakan widget kuiz di dalam Frog, kita juga boleh mengintegrasikan penggunaan aplikasi Google Drawing.


Langkah-langkahnya:

LANGKAH 1
Bina bahan/latihan dengan menggunakan Google Drawing.

LANGKAH 2
Jangan lupa kongsi/share latihan secara awam/public.

LANGKAH 3
Masukkan pautan URL ke dalam laman frog TMK. Boleh menggunakan widget Teks, Widget Pautan Luar.

LANGKAH 4
Saya menggunakan widget Teks dengan memasukkan gambar bersama pautan latihan. Jika melalui widget Pautan Luar, hanya pautan sahaja boleh dimasukkan tanpa gambar.

LANGKAH 5
Murid perlu Sign-In terlebih dahulu sebelum boleh membuat salinan dokumen tersebut (Make a copy).

LANGKAH 6
Setelah murid mengisi jawapan masing-masing, jangan lupa mengingatkan murid untuk kongsikan hasil latihan dengan guru.

LANGKAH 7
Hantar ke alamat emel guru. Saya gunakan emel khas yang mudah diingat murid.

LANGKAH 7
Untuk semak, boleh buka di Google Drive. Pada bahagian Shared with me