25 January 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Sekali lagi program pendidikan anjuran Google Educator Group, GEG Klang dan Gombak selamat berjalan dengan jayanya. Saya sebagai peserta dalam KLEdTech2016 kali ini ingin memberikan tabik hormat sebagai tanda terima kasih kepada kumpulan ini kerana berjaya menyampaikan ilmu pendidikan terkini kepada para pendidik.
Tentatif Slot Pagi
Pada KLEdTech kali ini, bengkel yang dijalankan semuanya menarik dan hebat. Agak susah untuk memilih sesi mana yang perlu dihadiri kerana para penceramah mempunyai tajuk-tajuk yang diminati untuk dipelajari. Untuk sesi 1, saya telah memilih untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat pemilik blog pendidikan terkenal iaitu Cikgu Hailmi.

Saya pelajar paling depan dengar kuliah blog.
Penyampaian yang agak sempoi dengan isi dan persembahan Prezi yang agak mantap dan mudah difahami. Orangnya mesra dan selamba dengan loghat utaranya. Yang tidak disangka-sangka ialah beliau menulis blog semasa berada di Sibu, Sarawak. Saya sendiri faham bagaimana keadaan infrastruktur di sana. Walaupun begitu, beliau sangat gigih. Hebat!
Sesi membina kuiz dengan Google Apps
Untuk sesi 2 yang berlangsung antara jam 11 hingga 12, saya memilih untuk melihat Mrs Kanmani a/p Muthu dengan tajuknya iaitu Membina Laman Kuiz di dalam VLE-Frog menggunakan Google Apps. Beliau mengajar cara bagaimana kita boleh membina kuiz dengan menggunakan Borang Google (Google Form). Ianya sangat menarik sekali!. Nak bina Kuiz, video saya ada di sini

Bersama dengan Mr Ng Han Guan dan rakan-rakan baru KLEdTech.

Penerangan penggunaan Poll dan Padlet dalam PDP
Sesi 3 (jam 12 hingga 1) pula, saya bersama dengan Mr Ng Han Guan yang merupakan guru cemerlang fizik dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu. Penyampaian beliau dijalankan 80% di dalam Bahasa Melayu yang sangat bermakna dan mudah difahami. Beliau menjelaskan pendiriannya memilih fungsi widget "Poll" dalam memberikan soalan kuiz kepada murid. Poll sesuai untuk soalan objektif dan ianya mudah digunakan. Manfaatnya ialah kita boleh melakukan analisis item dengan cepat. Kita boleh tahu murid yang manakah melakukan kesilapan agar kita boleh terus dapat membantu mengatasi kekeliruan mereka.

Soalan Objektif dengan menggunakan Poll
Manakala untuk Padlet, beliau gunakan medium ini sebagai "Parking Lot" untuk murid menghantar jawapan. Soalan jenis subjektif dalam bentuk PDF dimasukkan ke dalam Frog Vle. Bagi menjawab soalan yang diberikan, murid perlu memberikan jawapan dengan menggunakan Google Doc. Kemudian, dokumen itu dimasukkan ke dalam Padlet. Ianya sangat menarik. Idea yang Bernas!

Tentatif Slot Petang
Untuk sesi terakhir, saya telah bersama dengan seorang penceramah senior yang hebat. Walaupun sudah berusia, semangat beliau agak hebat. Saya menghadiri ceramah Puan Kang Fong Kuen mengenai EDpuzzle. Tajuk yang ringkas tetapi penuh manfaat. Apa yang boleh saya katakan ialah dengan EDpuzzle kita boleh menyelitkan soalan/kuiz di antara video yang digunakan. Video dari YouTube digunakan, dan ditengah-tengahnya, video akan berhenti sebentar dan murid perlu menjawab soalan yang diberikan. Wow!
EDpuzzle yang menarik dari penceramah senior yang bertenaga
Sebelum KLEdTech melabuhkan tirai, majlis penutup diserikan dengan cabutan bertuah. Nama yang terpilih akan menerima hadiah istimewa dari warga GEG. Walaupun diri tidak bertuah tetapi ilmu yang dibawa pulang lebih bertuah daripada segalanya.
Segambar sebelum pulang
Nota dan amali seminar KLEdTech saya sendiri di Frog Vle ada Di SINI.

Sebelum saya tamatkan penulisan ini, hati saya terjentik dengan apa yang dikatakan oleh salah seorang penceramah iaitu :

Saya masih muda. Saya punyai baki perkhidmatan selama 20 tahun. Kalau saya tak paksa diri saya untuk mengikuti perubahan ICT dengan Frog Vle nya dalam pendidikan pada hari ini, saya rasa diri saya memilih untuk bersara lebih awal kerana tidak tahan dengan cabaran pada hari kemudian!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -