Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mencetak Dokumen menggunakan telefon pintar (android/IOS) bukanlah sesuatu yang mustahil sekarang. Semuanya boleh dilaksanakan dengan mudah. Mencetak dokumen menggunakan android boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi Google Cloud Print. Tidak kira jenis pencetak apa sekali pun. Semuanya boleh dicetak tanpa menggunakan wayar asalkan anda mempunyai sambungan internet.
Saya sendiri menggunakan pencetak jenis Canon MP258 yang diletakkan di dalam makmal komputer. Pencetak Canon saya adalah versi lama dan bukan jenis printer awan (Cloud Printer Ready). Saya sambungkan pencetak dengan salah sebuah komputer di makmal. Apa yang saya lakukan ialah :
  1. Install Google Chrome pada komputer lain di makmal.
  2. Gunakan akaun Google anda pada Google Chrome tadi.
  3. Tambahkan pencetak awan (MP258) pada akaun tersebut (setelah melalui beberapa aturan). Google menyediakan 2 jenis pencetak. Pencetak yang Sedia dengan Google Cloud (terkini) dan pencetak jenis klasik (tradisional). 
  4. Apabila sudah sedia dipasang, anda boleh jalankan aktiviti mencetak terus dari web atau pun komputer di mana saja.
  5. Untuk mencetak dokumen terus daripada website, pilih setting dan print dengan Google Cloud. 
  6. Manakala untuk dokumen jenis word/excel/publisher, anda perlu muat naik dahulu dokumen tersebut sebelum ianya boleh dicetak.
  7. Sebelum mencetak menggunakan android, kita perlu memasang aplikasi cetak terlebih dahulu. Setting>more network>printing>Add Printer






Untuk menghubungkan printer anda dengan akaun Google adalah sangat mudah. Saya yang kurang pandai pun boleh laksanakannya berpandukan kepada manual yang telah diberikan oleh Google.