26 December 2015

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa.


Kamera merupakan alat yang mudah dimiliki oleh setiap orang pada hari ini. Tidak kiralah dari semurah kamera sehingga semahal kamera yang ada di pasaran dunia. Siapa yang tidak kenal dengan gergasi kamera dunia seperti Canon dan Nikon yang sehingga hari ini masih berusaha memenuhi kehendak manusia dalam bidang fotografi. Bagi pengemar fotografi yang berpandangan jauh, sudah tentulah kamera DSLR menjadi pilihan mereka. Manakala bagi pengguna biasa, kamera kompak adalah pilihan terbaik mereka. Perbezaan ketara di antara kedua-dua pengguna ini ialah kualiti!

Pernah tidak anda mendengar istilah "Optical Zoom" dan "Digital Zoom" ? Ada yang tidak ambil peduli akan hal ini sedangkan ianya sangat berguna terutama sekali dalam memiliki kamera pertama mereka.

Apa itu "Optical Zoom"?
Apa yang anda tahu mengenai optik? sudah tentulah anda akan menjawab sesuatu yang berkaitan dengan kanta. Zoom bermaksud pula pembesaran. "Optical Zoom" bermaksud pembesaran dengan menggunakan kemampuan lensa/kanta kamera. Pengguna DSLR biasanya menggunakan istilah ini kerana lensa zoom yang dimiliki mempunyai kemampuan seperti ini. "Optical Zoom" tidak mengurangkan kualiti sesuatu gambar dengan ketara. Ianya bergantung juga kepada kualiti kaca/glass buatan lensa tersebut. Senang kata, gambar nampak cantik dan jelas.

Apa itu "Digital Zoom"?
Ianya bukan zoom yang sebenar. Kualiti gambar yang dihasilkan pula menurun dan teruk. Pembesaran jenis ini tidaklah melalui kanta/lensa. Tetapi proses ini berlaku dalam kamera di mana gambar itu sendiri yang mengalami pembesaran. Ianya sama seperti kita membuka gambar di dalam komputer, kemudian kita cuba untuk zoom untuk lihat lebih dekat. Semakin besar gambar di zoom, gambar akan kelihatan teruk dan pecah/berpiksel-piksel. Biasanya istilah ini wujud pada kamera kompak atau pun kamera telefon pintar dengan tulisan seperti 2x, 5x, 10x dan seterusnya.

Jadi, yang mana satu baik untuk anda? Adakah anda mementingkan kualiti gambar atau pun hanya sekadar mementingkan adanya gambar walaupun kualitinya entah ke mana? Buat pilihan bijak.

Dunia semakin pintar. Pengeluar kamera mengeluarkan kamera kompak yang mempunyai kedua-dua jenis zoom di atas. Yang pastinya, pilih "Optical Zoom" yang terbaik barulah pilih "Digital Zoom".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -