Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam dunia pendidikan yang serba maju pada hari ini. Ditambah pula dengan penggunaan ICT abad 21 seperti Frog VLE, Google Drive, berkongsi pautan (URL), bahan rujukan di mana-mana laman sesawang menjadikan warga pendidik pada hari ini terpaksa meningkatkan prestasi diri seiring dengan zaman ini.
Perkara yang ingin saya sentuh ialah cara berkongsikan alamat URL (Uniform Resource Locator). Selalunya URL dokumen kita dalam bentuk yang sangat panjang. Sebagai contoh :


Jika URL ini dikongsikan melalui perantaraan telefon pintar tidaklah menjadi masalah kerana penerima hanya perlu menekan pautan yang dikongsikan. Tetapi bagaimana pula jika pautan ini ingin dikongsikan dengan orang ramai yang tidak dikenali diluar sana yang memerlukan mereka menyalin semula URL ini?


Sudah tentulah kita harus menggunakan URL Shortener (Peringkas URL). Daripada URL yang panjang, kita dapat memendekkannya malah boleh mengubah URL mengikut citarasa kita sendiri. Tetapi, apakah jenis-jenis peringkas URL ini?



Goo.gl URL Shortener (discontinued)


Dimiliki oleh syarikat ternama Google. Merupakan peringkas terbaik dan boleh dipercayai setakat ini. Menawarkan perkhidmatan peringkas URL dengan hanya menggunakan akaun Google kita sendiri.

Segala sejarah (history) dan jumlah klik pautan direkodkan. Jika anda pengguna Google Chrome, anda hanya perlu memasang alat tambah (add-on) pada pelayar dengan cara menekan SINI.

Pada tahun 2020, kemudahan ini tidak lagi boleh digunakan kerana Google telah memberhentikannya pada 20 Mac 2019.


Contoh URL yang telah saya ringkaskan. 


Bitly

Bitly merupakan pesaing terdekat Goo.gl. Ramai pengguna memilih perkhidmatan peringkas ini kerana paparan yang lebih menarik. Pengguna boleh meringkaskan URL tanpa mendaftar sebagai pengguna. Tetapi kelebihan sebagai pengguna kita dapat melihat graf dan bilangan klik URL. Selain itu, anda boleh mengubah URL yang diberikan 
seperti

bit.ly/wsdRfg -----> bit.ly/mohdafiq



Tiny URL

Tiny URL merupakan peringkas percuma. Boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Tidak menawarkan perkhidmatan sebagai pengguna. Paparan laman yang kurang menarik. Kelebihannya boleh meringkas URL mengikut citarasa pengguna.




Ow.ly

Jenis peringkas URL yang sesuai dengan namanya dengan seekor burung hantu. Walaupun begitu, hanya boleh log masuk dengan twitter. Bagi warga guru, tidaklah digalakkan kerana akaun Google Yes anda tidak boleh digunakan dengannya. Jika hanya sekadar untuk meringkaskan URl adakah tidak mengapa.




GG.GG

GG.gg merupakan cara terpantas untuk berkongsi, menyimpan dan mengesan pautan anda. Pengguna boleh menggunakan kemudahan ini melalui dua cara iaitu dengan mengunjungi laman rasmi gg.gg atau pun dengan cara memasang 'browser extensions' pada pelayar kita contohnya seperti Google Chrome, Firefox dan Opera.

Selain daripada itu, pengguna boleh memendekkan URL dan diberi pilihan sama ada ingin menggunakan nama pendek mereka sendiri. Boleh dikongsi melalui pelbagai platform kerana tidak mempunyai ads yang menjengkelkan.


Isu dan Masalah

Isu yang ditumbulkan di dalam laman sesawang lain ialah kualiti perkhidmatan peringkas-peringkas URL ini. Sebuah syarikat pemantau telah bertindak dalam menilai kualiti peringkas URL di dunia. Mereka menilai syarikat URL mana yang menawarkan peringkas URL yang lebih baik dan bermutu. Untuk pembacaan lanjut boleh merujuk laman ini.


Secara peribadinya, saya syorkan anda menggunakan Goog.gl, Bitly & Tinyurl. Saya sendiri menggunakan Bitly. Biarpun Goog.gl terhebat dalam persaingan ini tetapi hati sudah berminat dengan logo ikan buntal kembung bermuka girang, nak buat macam mana kan?