15 December 2015

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Pada ruang masa kali ini, saya ingin berkongsikan kepada anda semua kelebihan menggunakan Google Apps. Sebagai pendidik, sudah semestinya kita dibekalkan oleh pihak KPM setiap seorang dengan akaun YES. Untuk pengetahuan kawan-kawan, akaun YES yang dibekalkan itu adalah dikuasakan oleh Google. Oleh itu, banyak aplikasi yang sangat berguna kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Dan salah satunya adalah aplikasi Google Calendar.


Apa yang menarik bagi saya, kalendar ini boleh dibawa ke mana sahaja. Sebarang peristiwa/event boleh dimasukkan dengan mudah. Bagi pengguna telefon pintar, sudah semestinya ini adalah kelebihan anda. Saya sendiri sebagai pengguna Android hanya perlu memuat naik event melalui telefon pintar. Mudah dan menjimat masa.



Di sini, saya ingin berkongsikan cara bagaimana kita boleh memasukkan Google Kalendar ini ke dalam Frog Vle. Fungsinya adalah sebagai kalendar peribadi di dalam dashboard peribadi. Bagi admin Frog, segala perancangan sekolah bagi tahun 2016 boleh dipaparkan melalui aplikasi ini di dashboard sekolah.




Nak lihat tutorial versi Flip Book?
Boleh lihat dengan pautan di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -