Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.



Sebagai mana yang kita sedia maklum, murid-murid baru sahaja selesai menjalani ujian akhir tahun. Dengan berbaki lagi lebih kurang 3 minggu sebelum sesi persekolahan 2015 ditutup , aktiviti murid perlu disusun dengan baik agar masa yang terluang ini dapat digunakan sebaik mungkin di sekolah.

Bagi mengisi kekosongan ini, saya telah membina satu laman permainan flash subjek matematik yang lebih bersifat sebagai latihan ulangkaji. Terdapat banyak website yang menawarkan permainan flash percuma di luar sana. Oleh itu, saya telah memasukkan satu persatu permainan yang telah dipilih mengikut kesesuaian murid ke dalam site Frog Vle.

Di sini saya gunakan konsep daftar duhulu sebelum masuk. Semasa mendaftar, setiap murid wajib/perlu meletakkan jumlah derma yang ingin disumbangkan kepada laman ini. Derma seikhlas hati. Sampai satu masa nanti, kita dapat menilai sejauh mana nilai tabungan laman ini terkumpul. Ini menjadikan satu kelainan kepada laman permainan sebelum ini.

Laman Permainan boleh dilawati di