25 September 2015

Assalamualakum dan salam sejahtera.


Kelas abad ke 21 dan pedagogi guru adalah saling berkait rapat. Para pendidik tidak lagi boleh duduk berehat sambil menimati gaji setiap bulan yang diberikan. Tetapi pendidik perlu berusaha mengejar zaman teknologi yang penuh dengan cabaran. Kalau kita tidak bergerak sekali, kita akan terlewat dan menjadi guru yang ketinggalan.


Komponen cadangan kelas abad ke 21.

Satu aplikasi kuiz online yang sangat menarik untuk dipraktikkan di dalam kelas adalah Kahoot. Bunyi agak pelik tetapi inilah yang menjadi buah mulut di kalangan minoriti guru pada hari ini. Oleh itu, saya berharap agar dengan perkongsian ini para pembaca dapat mengetahui serba sedikit situasi semasa pembelajaran alaf ke 21 dan menjadi warga majoriti guru.


Kahoot sangat mudah dibina oleh mana-mana guru. Kahoot adalah soalan kuiz online yang dibina sendiri oleh guru subjek. Guru perlu mendaftar dan memiliki akaun secara percuma terlebih dahulu sebelum soalan dibina. Kahoot menjadikan kelas menarik apabila murid menjawab kuiz secara online dan paparan markah terus terpapar di skrin hadapan kelas. Markah siapa yang mendahului kuiz akan dapat dilihat terus dan ini menjadikan murid-murid seperti hilang kawalan!

Dashboard akaun Kahoot milik saya.



Cara membina soalan kuiz dengan Kahoot!

Peralatan penting perlu disediakan terlebih dahulu seperti komputer guru yang mempunyai sambungan sedia dengan projektor / LCD, peranti tablet atau pun netbook murid dan yang paling penting adalah talian internet, Tanpa internet, kelas bagai tidak bernyawa!




Guru boleh membina dan menjalankan kuiz di sini, https://create.kahoot.it/.

Murid boleh menyertai kuiz di sini, https://kahoot.it/.

Proses ini berjalan serentak. Tanpa guru atau murid kuiz ini tidak dapat berjalan.
  1. Guru perlu membuka laman kuiz Kahoo terlebih dahulu.
  2. Murid pula membuka https://kahoot.it/.
  3. Di paparan skrin projektor guru, terdapat nombor PIN yang perlu disalin dan dimasukkan ke dalam laman kuiz murid.
  4. Di skrin murid, hanya 4 jenis bentuk objek jawapan yang dapat dilihat.
  5. Murid dikehendaki memilih dan menekan bentuk yang betul berdasarkan soalan di skrin hadapan kelas.
  6. Penilaian dilakukan dan pemenang ditentukan dalam selesai kuiz di jalankan. Hebat bukan!
Salin dan masukkan PIN ke dalam peranti milik murid. 
Paparan 4 jenis warna dan bentuk pada peranti murid dan soalan kuiz pada peranti guru.

Papan markah murid. Yang ini adalah contoh yang saya jawab sendiri. Keputusan markah boleh dimuat turun. Hebat!

Murid boleh menilai kuiz guru (skrin murid). Takutnya!

Ini adalah contoh penilaian yang saya buat sendiri (skrin guru).

Murid diberi pujian (skrin murid)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -