Assalamualaikum Dunia & Damailah Semua.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu laman sesawang yang sangat berguna dan membantu guru dalam membuat penilaian kepada murid iaitu ProProfs.


Laman ini memerlukan anda membina sebuah akaun PERCUMA. Selain daripada itu, ianya turut menawarkan akaun berbayar di mana banyak lagi kelebihan yang kita boleh nikmati berbanding edisi percuma. Jika ada duit lebih, mahu juga saya cuba edisi ini.

Mengapa saya sibuk-sibuk nak berkongsi kepada anda semua adalah kerana ProProfs boleh turut dimasukkan secara "embed" ke dalam site Frog Vle. Saya ada juga mencubanya di dalam Frog dan ternyata banyak membantu saya. Dengan menggunakan ProProfs, murid boleh merasai persekitaran kuiz yang berbeza dari kuiz sedia ada dalam Frog Vle.







Sampai di sini saja perkongsian saya. Nanti saya akan sambung dengan cara meletakkan kuiz ProProfs dalam FROG VLE.

Mahu lihat contoh kuiz saya di ProProfs, sudah tersedia di bawah ini: