22 September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dunia.

Sebagai guru subjek Pendidikan Kesihatan Tahun 5, modul guru yang bertebaran di dalam internet memang selalu menjadi rujukan utama dalam merancang dan menulis langkah-langkah PdP walaupun hanya 30 minit sahaja dijalankan. Waktu yang dijadualkan kepadaku hanyalah dihujung hari Khamis dengan keadaan murid yang layu seperti sayur panas.

Cara nak menarik minat sudah tentulah dengan menggunakan Frog Vle. Aku berfikir sejenak. Alangkah bosan jika PdP Frog Vle pula hanya sekadar menunjuk video, penerangan slide, menjawab kuiz. Berpandukan kepada modul, murid disuruh membina peta minda, YA...PETA MINDA.

Sekali lagi, takkan bermain dengan kertas dan marker dan kemudian bentang di depan kelas? 

Cari-cari dalam Google, aku terjumpa satu perisian online yang menarik untuk murid. Cuma memerlukan kemahiran teknikal sedikit dalam membina peta minda iaitu Text2MindMap.

Text2MindMap merupakan satu cara menyatakan idea dan fikiran kita dalam bentuk yang lebih menarik. Ianya turut disediakan secara percuma dan berbayar. Sebagai pengguna biasa, tidak salah kita mencuba secara percuma. Yang menariknya elemen I-Think turut digunakan secara tidak langsung dalam PdP ini.

Paparan utama Text2MindMap. Nama-nama bulan memang sudah terbina di dalam aplikasi ini. Hanya padamkan dan muatkan semula dengan idea kita sendiri. Peta minda boleh diubah-ubah kedudukannya :)

Sangat mesra ! Kita disambut dengan baik dan tutorial menggunakannya turut dinyatakan dalam Bahasa Inggeris.

Shortcuts turut disediakan bagi memudahkan pengguna.

Kita turut diberi pilihan untuk mewarnakan peta minda mengikut citarasa masing-masing.

Kita boleh simpan dan muat turun. Untuk disemak guru, lebih elok dimuat turun dan masukkan ke dalam widget File Drop dalam site Frog Vle.


Contoh Site PdP Frog Vle saya yang mempunyai Text2MindMap


Sekian, selamat mencuba. Babai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -