Assalamualaikum dan salam perpaduan.


Dalam mengejar dunia maju yang seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari daripadanya. ICT merupakan bahan yang penting di zaman kini ditambah lagi dengan faktor pendedahan anak murid kepada dunia gajet yang mencabar.

Sekarang ini, kita mempunyai pelbagai sumber rujukan yang sangat menarik dan interaktif. Bagi memanfaatkan sumber tersebut, saya di sini ingin berkongsi satu cara bagaimana saya sendiri memuat turun bahan-bahan interaktif yang dihasilkan dalam bentuk flash yang berformat .swf. Bahan flash ini boleh terus diguna pakai di dalam Frog Vle mahu pun dalam kaedah biasa. 

Baiklah, tanpa membuang masa jom lihat apa yang saya kongsikan bersama anda semua.