Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baru-baru ini, OS Frog VLE telah ditambah baik dengan beberapa ciri yang menarik. Salah satu daripadanya ialah "Public on the web". Apa itu?

Maksudnya kita boleh terbitkan apa-apa yang dihasilkan dalam FROG VLE seperti site kepada orang awam. Selain itu, dengan adanya fungsi ini kita mampu berkongsikan hasilan usaha kita dengan rakan-rakan frog yang lain. Perkongsian yang menarik. Tidak turut terlepas pandang perkongsian dalam dunia media sosial seperti Whatapps, Telegram, FB Mesengger dan lain-lain.

Bagi pendapat peribadi saya, site yang dikongsi dengan cara ini turut bertindak sebagai blog. Cuma fungsinya tidak serupa dengan blog yang melibatkan fungsi komunikasi 2 hala iaitu fungsi memberi komen. Apabila fungsi "Public on the web" diaktifkan, orang awam hanya boleh melihat tanpa boleh memberi komen atau pun berkomunikasi dengan sistem tersebut. 

Dengan cara kita, murid lain boleh turut berkongsikan hasilan Frog mereka dengn rakan lain dengan hanya bertukar-tukar alamat (URL) sahaja. Mudah bukan?

Baru-baru ni, saya telah mengarahkan murid tahun 5 mereka satu kad raya yang cantik untuk dipertandingkan. Gambar setiap kad raya tersebut telah saya susun dan masukkan ke dalam Frog VLE dengan meletakkan "tag" sebagai Tahun 5 Gigih. Harapan saya apabila mereka membuka site yang dikongsikan itu, murid seronok dan dapat melihat hasil karya kad raya rakan-rakan lain. Seronok bukan!

Inilah pautan/link site yang telah saya terbitkan untuk paparan umum.