Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Esok umat Islam di Malaysia akan mula menyambut perayaan Aidilfitri yang mulia. Entri kali ini adalah mengenai satu tugasan mudah yang diberikan kepada murid Tahun 5 iaitu menghasilkan satu sampul duit raya yang mudah dan menarik.

Seramai 38 orang murid tahun 5 mengambil bahagian. Saya bercadang mahu menggunakan sampul yang mereka hasilkan ini sebagai sampul duit raya untuk mereka sendiri semasa majlis sambutan hari raya peringkat sekolah nanti. Kiranya macam hadiah duit raya untuk mereka. Daripada disimpan sampul tu pun, tak berguna juga.