13 July 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persoalannya ialah
Mengapa FROG Vle saya mengambil masa yang lama untuk siap loading sepenuhnya terutama sekali pada bahagian gambar?

Apabila ramai murid menggunakan internet YES, masalah terbesar sekali selepas murid berjaya log masuk ialah masalah slow loading terutamanya pada bahagian gambar dan video. 

Pada dasarnya, kita harus ingat bahawa JANGAN sesekali menyediakan site pembelajaran dengan memuat naik gambar atau video yang besar. Bagi entri kali ini saya ingin fokus kepada imej / photo yang digunakan dalam Frog Vle.

Imej / foto yang melebihi 1Mb adalah tidak digalakkan kerana akan memberi kesan yang sangat besar kepada kelancaran penggunaan Frog Vle. Oleh itu, anda harus ingat baik-baik bahawa setiap gambar yang dimuatnaik perlu berkapasiti yang kecil.

Saya mengalakkan anda menggunakan sebarang Image/Photo Resizer untuk memudahkan kerja anda. Terdapat banyak perisian yang hebat dan menarik. Di sini saya tertarik dengan perisian yang diberi nama Image Resizer.

Caranya mudah, download dan install dulu software ini. Kemudian, klik kanan pada gambar yang ingin dikecilkan kapasitinya. Panduan ada disediakan dibawah.









182 KB adalah lebih ringan daripada 485 KB. Frog Vle pun akan melompat melantun-lantun walaupun capaian internet bermasalah. Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -