Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Gambar yang anda miliki sekarang di dalam hardrive tentulah berbagai-bagai jenis format dan saiznya. Dunia teknologi lebih mengalakkan manusia pada hari ini supaya memuat naik gambar ke dalam internet untuk dikongsikan dengan rakan maya yang lain. Tetapi, tahukah anda, format gambar apakah yang sedang anda muat naik itu?

Gambar yang sudah dimuat naik akan dapat diihat oleh semua rakan lain. Walaupun begitu, gambar yang bersaiz agak besar yang telah dimuatnaik tadi akan menyebabkan masalah lain berlaku. Contohnya, masa yang diambil terlalu lama untuk gambar tersebut dipaparkan. Pernahkah kita alami masalah seumpama ini di mana gambar-gambar rakan di dalam website atau blog memakan masa yang lama untuk dipaparkan satu persatu. Hal ini disebabkan saiz gambar yang terlalu besar dimuatnaik oleh si pemuatnaik itu.

Akibat lain ialah badwidth bagi pengguna broadband ataupun internet secara prepaid akan lebih cepat mengalami kehabisan quota yang mengerikan. Baru sahaja selesai lihat gambar perkahwinan saudara mara, quota internet hanya tinggal beberapa Mb sahaja. 

Oleh itu, ambil tahulah perbezaan di antara JPEG vs GIF vs PNG.


Apa bezanya? Silakan baca dan bahan boleh dimuat turun.
Kandungan bahan disediakan dalam bahasa Inggeris.