Assalamualaikum dan salam 1 kedamaian.

Entri kali ini lebih kepada sekadar untuk mengambil tahu dan juga bertujuan suka-suka. Walaupun begitu, entri ini juga boleh dipandang serius bagi golongan yang mempunyai website yang dibayar sendiri. Bagi admin, blog Photoinzone merupakan tapak blogspot yang percuma yang tidak memerlukan sebarang ringgit dan sen untuk dikeluarkan.

Di sini saya ada satu lama sesawang yang boleh mengukur jumlah saiz dalam Mb bagi sesebuah "page" blog kita. Bagi blog admin, di bawah ini adalah hasilan pengiraan laman tersebut.


Hasilnya di sini,
Blog buruk admin ni, masa untuk 'loading' sebanyak 4.64 saat manakala saiz halaman blog admin adalah 3.1 mb sahaja.

Admin ada juga main test dan cuba pada satu website photografer rakan admin, malangnya masa yang lama diambil dan jumlah saiz halamannya hampir mencecah 300mb. Dasyat. Jenuh nak loading dan ambil masa yang sangat lama. Masa 'loading' bergantung kepada kelajuan internet jugak. Kalau hidup di Korea, memang laju la.

Kalau nak test jugak, boleh klik pada link di bawah ini