03 June 2015

Assalamualaikum dunia.

*Ada bahan yang boleh download di bawah.

Alhamdulillah, genap sebulan lebih aku dilantik sebagai Guru Muda 1 Malaysia untuk Fog Vle. Sebelum aku berpindah ke sekolah baru, di SKTDI, Sabak Bernam aku bertugas di SENSE, Kapit. Sepanjang 3 tahun aku di SENSE, aku telah pun menjawat jawatan sebagai Admin Frog Vle. Kiranya, ilmu yang telah ku tahu semasa di hulu Sarawak dapat ku gunakan sedikit sebanyak di SKTDI.

Walaupun kedengaran macam power, tetapi balik kepada asal ialah aku hanya guru biasa. Ilmu yang didapat tidak mencukupi dan setelah aku menghadiri kursus GM1M, barulah aku tahu mengenai Katak di Alam Maya, Frog VLE.

Setelah data Frogku dipindah dari stesen lama ke baru, kecewa dan kecewa apabila laman peribadi dan site PDP buatan sendiri tidak dapat dipindahkan bersama. Inilah kelemahan Frog VLE yang belum diselesaikan.

Itu cerita lama di Sarawak. Sekarang sudah di Selangor. Jom aku kongsikan contoh laman peribadi Frog VLE untuk warga pendidik. Ini adalah cadangan untuk menampakkan laman kita lebih teratur dan menarik atau pun syok sendiri sebab hanya kita saja boleh lihat laman itu. 




Gambar dashboard 3 Jun 2015.



**Inilah dashboard saya yang digunakan kini, November 2015.
Gambar dibentuk daripada hasil cantuman 3 keping gambar.


Download Contoh Amalan Terbaik Frog Vle 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -