Assalamualaikum.

Matahari dan bulan menjadi saksi jerih payah aku di pedalaman dahulu. Kenangan mengusik jiwa. Entah bagaimana keadaan dan khabar berita saudara-saudaraku di sana. Moga baik-baik sahaja.

Masaku kini hanya diluangkan bersama anak dan keluarga. Itu yang aku inginkan sejak dulu lagi. Pastinya inilah juga apa yang diinginkan orang lain. Semoga hajat kalian ditunaikan ilahi. Amin.