Sekolah gua tengah bersedia untuk persiapan majlis sambutan hari raya pada waktu malam. Jadi, gua ambik la kesempatan jalan-jalan sekitar sekolah sambil mengusung ke hulu ke hilir kamera kesayangan, Nikon D7100 yang disertakan padanya lens Nikon 50mm.
Aku jarang shot gune 50mm sebab malas nak undur ke depan belakang. Biasanya untuk aktiviti sekolah, aku gune Sigma 10-20mm. Sebab boleh amek gambar lagi luas dan padat dengan macam-macam benda. 

 
ISO800 - 50mm - f1.8 - 1/125sec
Ni gambar ikan yang aku siang yang bersiap sedia untuk dipanggang. Gua tak panggang pun. Gua siang jer.


ISO1000 - 50mm - f1.8 - 1/250sec 
Tepi tempat pemanggang, ada tempat sidai baju murid. Jadi, gua saje jer nak main depth of field. Jadi ke tak DOF nyer dengan 50mm ntah...haha


ISO1000 - 50mm - f2.8 - 1/80sec 
Didepan aku pulak ditutupi oleh bukit kecil. Di kaki bukit ada pondok kecil tempat tuan dia berehat.


ISO2500 - 10mm - f4.0 - 1/40sec 
Yang ni gua tak isap. Jangan dakwa gua sebab gua guna barang tanpa cukai. Ni member gua punya.

 ISO1000 - 50mm - f2.8 - 1/125sec  
 Gua shot dicelah tangki air dengan bangunan dewan makan sekolah. Saja ambil gambar ni. Sorang budak baru keluar dari jamban.


 ISO1600 - 50mm - f1.8 - 1/80sec  
 Ni la kayu yang menampung berat tong air dewan makan sekolah. Ibarat macam kene penyakit kusta.

*Gua bukan pro. Gua bukan hebat. Tapi gua budak mahu belajar. Gambar semua ni gua edit gune Adobe Lightroom versi 4.0. Nak try dulu gune versi 4.0 sebelum beralih ke versi 5.0.