19 August 2013

Pada jam 12:40 tengah hari pada 10 Ogos 2013 bersamaan dengan 3 Syawal, aku telah bertukar status kepada status bapa. Dahulunya aku hanya bergelar suami tetapi pada hari keramat tersebut, telah lahirnya seorang puteri yang menjadi permata hati dalam keluargaku ini.

Apabila sudah bergelar bapa, banyak perkara yang perlu difikirkan iaitu dari segala sudut segenap aspek. Dahulunya semasa bujang, aku hanya asyik menjaga diri sendiri, tetapi kini, banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang anak kepada kedua orang ibu bapaku, sebagai seorang suami, seorang bapa dan juga sebagai seorang guru.

Dengan hanya seberat 3.25kg, Safiya Mardhiyyah binti Mohd Afiq telah selamat diberikan nama olehku yang juga merupakan tugas atau tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak iaitu memberikan nama yang terbaik untuknya. Mudah-mudahan anak yang juga amanah dari Allah ini mampu aku dan isteriku jaga dengan baik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -