20 December 2012

Indahnya langit ciptaanNya
 
Alhamdulillah...lama sudah saya tidak mengemas kini halaman blog saya ini. Rasanya sudah hampir nak dekat satu tahun. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi sebelum masuk tahun baru 2013. Pada entri kali ini saya letakkan sekeping gambar yang bertompok-tompok putih. Apakah itu agaknya
 
Dengan alatan :::  Nikon D5000 + Nikkor 50mm 1.8G + tripod + shutter remote :::: 
 
Saya baru belajar cara mengambil gambar seperti ini melalui laman-laman web yang bersepah di dalam internet. Gambar ini diambil di tepi rumah saya. Nasib memihak kepada saya kerana langit cerah dan beberapa bintang kelihatan bersinar di langit. Kalau ada rezeki, tentu Milky Way dapat dirakamkan. Post processing turut dilakukan dalam Adobe Lightroom bagi menaikkan seri gambar ini.

6 sec
f1.8
50mm
iso 2500

Bukaan lens yang besar seperti 1.8 atau 2.8 diperlukan untuk penghasilan imej seperti ini. Kalau lens yang takde bukaan ini, anda cubalah bukaan yang terluas bagi lensa anda. Anda yang tentukan sendiri.

Gunakan ISO yang tinggi. Kelebihan bagi kamera moden yang mana teknologi ISO nya sudah ditambah baik. Bagi model kamera yang saya gunakan, iso 2500 memang sangat ganas kesan noise nya. Beruntunglah sape yang miliki kamera yang baru dari saya :)

Yang maha penting ialah tripod. Tanpa tripod....baik anda tido je la dalam bilik. Tak payah nak shot gambar. Tripod biasa pun dah cukup. Selain tu, gunalah shutter remote atau pun timer yang ada pada kamera anda. Cuma remote tu kene beli la kat kedai. Harga murah jer...tak lebih 30 ringgit. haha

Kalau dah namanya malam, mestilah gelap. Macam mana nak fokus? aaa.....gunalah manual fokus. Jangan guna autofokus...sampai ke subuh la tak fokus2...
 
 Ada juga aku terbaca sesuatu...kalau nak betul2 cantik, kita cari tempat yang takde sumber cahaya yang lain seperti lampu2 jalan atau pun cahaya dari bangunan mana2. Pilih tempat yang betul2 gelap dan aman. Kalau ada sumber cahaya lain seperti lampu jalan....mesti akan ada kekuningan dalam gambar. Tak salah ada warna tu tapi bagi aku secara peribadi tak cantik di pandang :)

Pasal shutter speed plak, aku pilih masa yang singkat sebab aku tak mahu nampak cahaya dari bintang tu nampak bergaris. Kalau pilih yang terlampau lama, nanti akan terjadilah gambar time-lapse. Ikutlah keinginan diri anda sendiri. 

Kalau ada mana-mana sahabat yang membaca tulisan saya yang lemah ini, tolong bantu saya perbetulkannya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -