Pada ruangan kali ini aku akan membawakan satu kisah mengenai seekor LadyBug.

Pada suatu pagi yang cerah, seekor LadyBug telah bangun dan segera menjalankan rutin sehariannya.Dalam kedinginan pagi yang menyucuk, si LadyBug telah keluar berjalan seorang diri keluar untuk menemui rakan-rakannya. Untuk sampai ke rumah rakan-rakannya dia pun memulakan perjalanannya dengan menyeberangi sebuah titian rumput dari satu rumput ke rumput yang lain.





Hatinya sangat gembira sekali. Dalam perjalanannya, dia telah banyak melalui laluan rumput yang sunyi. Tiada sebarang serangga pun melintasinya untuk diajak bersembang. Dia lupa jalan yang manakah boleh membawanya kepada rumah rakannya.






Tidak lama selepas itu, si LadyBug telah berjumpa dengan dua laluan. Dia memikirkan mana satu jalan yang boleh membawa ke destinasinya. Akhirnya, dia telah memilih haluannya menurut kata hatinya.





Tiba-tiba, haluan yang telah dipilih telah membawanya ke sebuah jalan mati. Dia sangat terkejut. Akhirnya, dia tekad untuk berundur dan memilih laluan yang kedua tadi.





kali ini, hatinya kuat mengatakan laluan kedua ini adalah betul dan boleh membawa kepada destinasinya. Di pertengahan jalanya, dia telah melihat beberapa ciptaan Allah yang mengagumkan. lantas ucapan kalimah mulia "Subhanallah" diucapkan oleh si LadyBug itu.









Hatinya sangat tenang dan damai. Tidak lama selepas itu juga, akhirnya dia telah pun sampai ke tempat yang ingin ditujunya iaitu ingin berjumpa dengan...



...si belalang dan...



...si rama-rama.

Setelah puas berbual dan bergelak ketawa, si LadyBug pulang ke rumahnya semula. Setibanya dia di rumah, dia pun berehat.






Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa. Daripada cerita ini, mari kita ambil yang baik dan buang yang buruk. Gambar-gambar di atas ini juga adalah hak milik saya sendiri dan bukannya hak milik orang lain. Sekian...TQ...
Terbaru Lebih lama