Assalamualaikum.

Sempena cuti sekolah yang masih lagi berbaki 3 minggu, aku dan sekeluarga telah pergi ke Teluk Batik, Perak. Biasanya, kami akan mandi di tepi pantai dan menginap rumah tumpangan yang ada di tepi pantai tetapi Family Day kali ini berbeza pula bila kami menginap di Hotel Marina Cove. Hotel ni dipilih sebab kedudukannya strategik tepi pantai dan ada pula taman tema airnya sendiri. Yang bestnya, kat sana ada dua jenis air untuk sesiapa yang nak mandi. Nak mandi air masin atau pun air tawar.

Inilah kali pertama aku masuk ke dalam taman tema ni. Walaupun tak secanggih seperti Bukit Merah mahu pun Gambang, tetapi boleh la sekadar untuk berseronok bersama keluarga. Sapa yang nak masuk tempat ni hanya dikenakan cas sebanyak RM7 sehaja. Nak bayar lebih pun tak per...

Dalam slide di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat aku amek dan "usik" sebelum dimuatnaik. Jom kite tengok...zasss...