Assalamualaikum.

Pada entry kali ini, aku nak memuat naik sekeping gambar lama yang tersimpan hampir berkulat di dalam peti simpanan keras komputer aku. Maklumlah...bile dah lame tak pergi berjalan memetik shutter, aku semakin hari semakin kekeringan gambar.

Gambar kali ini sengaja aku muat naik selepas telah disunting dengan perisian Adobe Lightroom. Apa yang aku buat ialah hanya melakukan sedikit cropping, ejas warna dan juga tone ikut kesedapan mata memandang juga turut menaikkan sedikit contrast dan juga vignett.

Gambar ni aku amek dalam bentuk RAW. Entah kenapa aku suke menggunakan RAW walaupun ramai orang memang anti dengan RAW. Bagi aku, RAW lebih banyak menyimpan rahsia sesuatu gambar berbanding format lain. :)

Dari aku terus membebel dan membebel, nah....aku muat naik gambar yang dimaksudkan :



Ni adalah EXIF bagi gambar di atas
NIKON D5000
ISO 200
1/500 sec
F4.5
150mm