Letih bercampur gembira. Itulah ungkapan yang boleh diperkatakan pada masa ni.

Pada hari Ahad yang lalu, Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit 1 telah mengadakan sukan tahunan sekolah. Semua murid, guru dan ibu bapa turut terlibat dalam menjayakan acara sukan ini.

Dalam kisah praktikum kali ini, sukan tahunan ini merupakan acara sukan yang kedua yang pernah aku sertai selepas sekolah pertama ku di Serdang.

Tetapi, untuk sukan kali ini, aku terlibat secara lansung sebagai pembantu guru dalam memastikan kelancaran acara sukan yang dijalankan. Dalam masa yang sama, aku juga terlibat sebagai fotografer.

Penat sukan masih belum selesai sehingga hari ini.