Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini hari yang bersejarah sebab aku baru jer beli lens nikkor pertama aku iaitu Nikkor 50mm 1.8G. Lens 50mm yang terbaru keluaran NIKON. Harga belian lens ni pun boleh dikatakan murah sebab aku dah cuba tanya rata2 tempat dan mereka boleh bagi harga dalam RM750 ke atas. Aku kire beruntung la sebab bole dapat dalam RM700 ke bawah...hehe...

Semangat punye semangat, aku pun update la blog ni dengan isinya nak tunjukkan macam mana 50mm 1.8G tu. Kalau nak tengok dr segi fizikalnya, bolehlah google kat internet. Tapi dalam blog ni, aku tunjukkan perbezaan aperture bagi lens ni...

Untuk yang beginner boleh la tau apa kaitan nilai aperture dengan bokeh (blur) yang dihasilkan.








Nilai aperture yang kecil (f1.8) bukan bermaksud bukaan lens tu kecil, tetapi bukaannya adalah besar.

Nilai aperture yang besar (f16), bukan bermaksud bukaan lens tu besar, tetapi bukaannya adalah kecil.

Bila guna f1.8, blur pada imej menjadi sangat cantik dan objek akan kelihatan seperti terpisah dengan background.

Tp kalu gune f16, objek akan kelihatan bersama2 dengan background.