Assalamualaikum semua.

Hari ini hari yang bersejarah. Sebabnya aku mula membasahkan kaki ke dalam bidang makro. Orang lain dah lame masuk...siap berendam lagi...tapi aku baru jer nak kenal-kenal barang-barang yang terlibat dalam bidang ini.

Makro tu aper? Senang cerita...makro tu ambil gambar yang halus-halus dan kecik-kecik seperti semut, serangga, rerama....Cuma kuman jer tak boleh dimakrokan. Jangan sesiapa cuba pandai-pandai memakro kuman dengan lens yang ada.

Pada hari rabu yang lalu, aku telah membeli secara talian atau pun online di laman web Lelong.com. Aku tertarik sungguh dengan extension tube yang ditawarkan. Dipendekkan cerita, aku pun belilah dengan harga beratus-ratus. Sebelum aku pergi solat Jumaat, seorang Posman telah menyampaikan barang yang aku beli tempoh hari. Dengan hati yang bersemangat, aku pun mula mengoyakkan plastik Pos Laju Malaysia.

Jeng---jeng---jeng---jeng---Jeng








Aku pun mulalah menyambungkan tiub-tiub ini bersama dengan kamera DSLR D5000 + 50mm 1.8D. Sapa tak teruja bila lesen bermakro dah ade dalam poket. Jadi, aku pun cuba merangkak di depan rumah dekat rumput-rumput mencari serangga atau Insect bak kate orang putih.

Dalam waktu yang singkat ini, aku tak berkesempatan mereka dan membina sejenis diffuser untuk makro. Jadi apa yang aku buat adalah dengan menggunakan kertas putih A4 yang telah ditebuk lubang padanya untuk dimuatkan lens 50mm 1.8D.

Hasilnya adalah seperti ini...






Sebenarnya banyak lagi peralatan alternatif untuk makro. Aku tertarik dengan tiub ini sebabnya harganya murah dan imej tak terjejas sebab tiub2 itu hanyalah tiub kosong yang berlubang di tengahnya tanpa ada perantaraan kaca. Nak beli lens makro...tak berduit pulak rasanya...

Hanya sekadar suka-suka. Semoga ilmu baru ini tidak menjauhkan aku dengan sang pencipta. AMIN.....