17 January 2011

Assalamualaikum.

Pada kali ini aku nak kongsikan perkara asas sekali dalam fotografi. Pernahkah anda mendengar tentang istilah "White Balance" atau pun dalam bahasa melayunya merujuk kepada Keseimbangan Putih. Walaupun perkataanya sukar untuk difahami tetapi selepas anda membaca penerangan lanjut mengenainya pasti anda akan memahaminya dengan mudah.

Pernahkah anda mengambil gambar yang kelihatan kadang-kadang berwarna biru-kebiruan, kuning-kekuningan dan juga pelbagai warna lain pada imej anda? Dan warna-warna itu sebenarnya bukanlah merupakan warna sebenar bagi imej yang dilihat melalui mata anda. Senang kata...warna apa yang dilihat tidak sama dengan warna pada imej yang dihasilkan oleh kamera anda. Apa sebenarnya yang terjadi? Inilah sebenarnya fungsi "White Balance".

Mata kita menilai dengan sangat baik pada warna putih pada sumber cahaya yang berbeza, tetapi kamera kita sering mengalami kesulitan yang besar dalam penentuan White Balance yang sebenar. Sebagai contoh, kawan anda memakai baju berwarna putih, tetapi warna baju putih itu selepas diambil dengan menggunakan kamera bertukar kepada warna kekelabuan atau pun kebiru-biruan. Ini bermakna imej anda mempunyai White Balance yang salah.



Dengan teknologi yang ada pada hari ini, jika anda telah melakukan kesalahan White Balance pada imej anda, anda boleh menggunakan perisian yang ada dipasaran seperti Adobe Photoshop, Adobe Lightroom dan lain-lain lagi. Untuk mempelajari cara menyunting White Balance ini, anda boleh melihat tutorialnya melalui video pada halaman YouTube. Mudah dan menjimatkan.

Bagi kebanyakan kamera, terdapat beberapa setting asas White Balance padanya.

Auto
Merupakan dimana kamera anda membuat anggaran White Balance yang terbaik. Anda akan mendapatinya, setting ini berfungsi pada kebanyakan keadaan tetapi ada baiknya jika kita tidak selalu terikat padanya.

Tungsten
Mode ini biasanya diberikan lambang dengan simbol "mentol yang menyala". Ianya digunakan untuk indoor terutamanya di bawah lampu pijar yang memberikan warna sejuk dalam foto.

Fluorescent
Mengkompensasi untuk cahaya "cool" fluorescent dan juga akan menghangatkan imej anda.

Daylight/Sunny
Digunakan diluar kawasan tertutup terutamanya ketika cahaya yang terik.

Cloudy
Kebiasaannya akan menjadikan imej anda mempunyai suhu hangat lebih daripada mode Daylight

Flash
Flash kamera boleh menghasilkan cahaya yang sejuk. Untuk menambahkan cahaya panas padanya, mode Flash ini digunakan.

Shade
Cahaya di tempat teduh biasanya bersuhu sejuk daripada cahaya terus. Mode ini akan menjadikan imej bersuhu panas.




Apa itu cahaya warna sejuk dan warna panas?
Lihat sahaja rajah di bawah ini. Anda sendiri boleh menilainya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -