09 January 2011

Assalamualaikum.

Pada hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda tentang bagaimana kita mahu mencipta sebuah imej yang cantik dan tidak mengalami kabur atau blur. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk mendapatkan gambar yang jelas termasuklah dengan menaikkan jumlah ISO, menggunakan lensa yang mempunyai bukaan aperture yang besar seperti 1.8, melaraskan kecepatan shutter, menggunakan tripod dan lain-lain lagi.

Kesemuanya itu memerlukan kemahiran teknikal dan modal. Di sini saya ingin berkongsikan tentang cara mendapatkan imej yang jelas dengan hanya menggunakan anggota badan dan juga objek di sekeliling anda.

Apa yang perlu anda lakukan secara asasnya adalah dengan mengengam erat secara selesa pada kamera anda. Jangan memaksa diri memegang kamera kerana otot-otot pada bahagian tangan akan cepat letih dan lesu. Anda perlu memegangnya pada keadaan yang selesa. Jika anda memiliki bajet yang lebih, anda boleh dapatkan pemegang bateri sebagai aksesori tambahan pada kamera anda. Pemegang bateri menjadikan pegangan tangan anda lebih kukuh dan selesa terutamanya bagi sesiapa yang memilik tapak tangan yang lebar dan besar.

Penggunaan kelajuan shutter berbeza mengikut keadaan. Kadang kala, kita terpaksa menggunakan kelajuan shutter yang perlahan seperti 1 atau 2 saat. Kelajuan shutter yang perlahan ini memberi impak kabur kepada imej anda. Jika anda memiliki sebuah tripod, masalah kelajuan shutter tidak menjadi masalah kerana tripod membantu kamera pada kelajuan shutter yang lebih perlahan. Tetapi jika anda tidak memiliki sebuah tripod atau pun anda tertinggalkannya di rumah, anda boleh mencuba beberapa contoh cara seperti apa yang digambarkan di dalam gambar di bawah ini.


Selain itu, anda harus dapatkan posisi selesa ketika mengambil gambar. Kadang-kadang terdapat pelbagai gelagat orang ketika mengambil gambar. Ada yang mencangkung, meniarap, telentang, dan macam-macam lagi. Anda boleh lihat beberapa gambar yang saya ambil dari link ini.

Beginilah keadaan apabila seorang shaolin menjadi juru gambar. hehe






Tetapi berlainan pula bagi mereka yang begitu komited dengan bidang ini. Apa-apa pun, jom kita lihat gelagat mereka.






Kesimpulannya, kestabilan postur badan adalah amat penting ketika mengambil apa-apa jenis gambar. Gegaran yang minor boleh dielakkan jika keadaan anda stabil dan selesa.

Sekian, wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -