31 January 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku telah membawa diri ke Shah Alam Bandar Terancang Selangor. Aku ke sana atas urusan rasmi menguruskan biasiswa tajaan kerajaan Selangor. Alhamdulillah....Semuanya sudah selesai. Selepas urusan selesai pada jam 3 petang, aku pun bergerak ke Masjid Sultan Salahuddin untuk menunaikan ibadah yang tertangguh seketika. Selepas selesai menunaikan ibadah fardu, tak lengkap rasanya kalau aku tak melaksanakan perkara yang harus iaitu merakamkan gambar masjid ini ke dalam kameraku.

Tanpa lensa wide angle, memang sukar rasanya untuk memuatkan masjid yang besar ini ke dalam sebuah kamera yang kecil. Akhirnya, aku pun meneruskan usaha ini dan hasilnya adalah seperti berikut. Gambar di bawah telah di 'HDR' kan menggunakan software Photomatix Pro dengan kesan 3 exposure.

Aperture yang digunakan bagi imej ini adalah pada f11. Bagi mana-mana lensa, f8 hingga f11 merupakan bukaan yang menghasilkan imej yang jelas dan mantap. Jika f5.6 mungkin gambar tidak begitu sharp atau tajam. Jika bukaan aperture kecil seperti f16 dan f22, biasanya lensa akan menghasilkan disfraction. Nak tau disfraction, carilah sendiri di Internet atau pun pada link ini.



Ini adalah gambar yang telah diejas distortionnya....



Gambar lain yang telah diambil...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -