Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah...syukur pada tuhan kerana dapatlah aku mengupdate blog ini daripada dibiarkan bersawang lelabah atau pun virus.

Tiada apa yang menarik untuk ruangan ini melainkan gambar-gambar yang telah ditangkap pada petang tadi. Cuaca tidak mengizinkan kerana sekarang merupakan musim tengkujuh agaknya. Dari pagi sampai ke malam awan sentiasa menitiskan hujannya yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Kerana semuanya itu adalah Sunnatullah.