Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Aku telah membeli lensa ini pada hari Jumaat yang lepas bertarikh 28 Januari 2011 dengan harga RM 680 bersama dengan lens hood dan sekeping UV filter. Pada asalnya aku nak membeli lensa TAMRON 70-300mm VC tetapi harganya terlalu mahal menyebabkan aku berundur buat seketika. Aku membeli mengikut kemampuan dan keperluan. Untuk pengetahuan semua, lensa SIGMA aku itu tidak memiliki Optical Stabilizer iaitu lebih kurang macam Vibration Reduction dan Image Stabilizer. Ini bermaksud kita hendaklah pegang kamera tu dengan kemas tanpa sebarang gegeran minor atau pun major. Ini bermakna, lensa itu tidaklah sesuai digunakan pada situasi cahaya yang kurang seperti pada waktu malam atau pun di dalam bangunan yang agak gelap. Untuk mengelakkan gegar, aku telah menaikkan ISO kepada tahap yang dirasakan sesuai bagi mengelakkan kesan noise yang banyak. Bila ISO dah dinaikkan, mestilah shutter speed akan menjadi laju.

Pada hari ini aku ingin memuat naik beberapa keping gambar percubaan pertama bersama dengan lensa baru yang murah. Aku telah membeli sebuah lensa jenama SIGMA dengan julat jarak adalah 70-300mm DG MACRO.