Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang memiliki kamera apa jenis pun, kebiasaannya kita sering mengambil gambar dengan meletakkan subjek betul-betul berada ditengah-tengah. Gambar seumpama ini dikatakan tidak mempunyai daya tarikan yang begitu kuat untuk menarik mata orang yang melihat gambar itu. Oleh itu, untuk menghasilkan gambar yang begitu menarik, kita seharusnya mengikuti peraturan yang dinamakan sebagai "Rule of Thirds".

Peraturan Rule of Thirds itu apa? Prinsip asas disebalik peraturan ini ialah dengan membahagikan imej anda kepada 3 bahagian. 3 kotak menegak dan 3 kotak melintang. Apabila digabungkan kotak-kotak menegak dan melintang ini akan menghasilkan 9 bahagian segi empat.


Ketika anda mengambil gambar, anda harus membayangkan kotak-kotak melalui Viewfinder atau pun pada LCD kamera anda. Kebiasaannya kamera mempunyai garis-garis seumpama ini. Jika anda perasan, pada garisan grid itu, terdapat 4 titik persilangan di tengah-tengah paparan. Titik-titik ini perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana titik-titik ini mempunyai kuasa tersimpan disebaliknya.

Secara teorinya, jika anda meletakkan subjek anda pada titik persilangan atau pada sepanjang garisan akan menjadikannya lebih seimbang dan akan lebih natural. Kajian ada mengatakan bahawa mata manusia secara semulajadinya lebih tertumpu pada satu titik persilangan berbanding pada tengah-tengah imej. Jadi, gunakanlah Rule of Thirds bagi mendapatkan hasil imej yang lebih natural.

Baiklah. Mari kita lihat pada gambar di atas. Jurugambar telah menggunakan satu titik persilangan pada seekor kambing. Peraturan ini juga turut memperlihatkan pergerakan kambing dari sudut atas kiri imej menuju ke bahagian bawah imej iaitu pada bahagian rumput.Cuba anda bayangkan, jika anda letakkan kambing itu ditengah-tengah imej, anda mungkin tidak dapat membayangkan habitat atau pun tempat tinggal kambing tersebut. Anda juga tidak dapat membayangkan pergerakan kambing itu ke mana. Mungkin ke tepi, ke tengah, ke kanan mahupun ke hadapan....Apa yang anda lihat adalah kambing semata-mata. Imej kelihatan amat biasa dan kurang menarik. Rule of Thirds merupakan salah satu komposisi yang baik bagi meletakkan imej dalam zon yang menarik mata pemerhati.

Bagi pengemar bahagian landskap. Jika kita mahu menarik mata pemerhati kepada bahagian daratan ataupun foreground, kita akan meletakkan bahagian ini 2 per 3 daripada frame.


Jurugambar kepada gambar di atas mahu menarik mata pemerhati pada bahagian daratan ataupun foreground kerana padanya terdapat point of interest iaitu unsur-unsur alam yang menarik seperti pokok, kehijauan alam dan juga gunung-ganang di berada nun jauh di sana. Oleh hal yang demikian, 2 per 3 daripada frame telah diisi dengan bahagian daratan. Jika anda mahu menarik mata pemerhati pada bahagian langit, anda perlu mengisi 2 per 3 langit di dalam frame anda.

Peraturan tidak perlu diikuti sepanjang masa. Ada kalanya anda perlu melanggar peraturan ini. Tetapi bagaimana? Hal ini bergantung kepada situasi dan subjek yang diambil. Salah satunya ialah kesan simetri.



Bagi gambar ini pula ialah kesan reflection atau pun pantulan. Kesan simetri juga boleh dilihat apabila kedua-dua elemen pada langit dan pada air wujud seperti awan, deretan gunung dan lain-lain.


Untuk mendapatkan penerangan lebih mendalam, layarilah mana-mana websites atau pun dengan membuat bacaan lanjutan pada mana-mana buku asas fotografi. Ilmu ini hanya bergantung ke pada anda. Jika anda mahu, semuanya menjadi. Sekian terima kasih.

JIka ada kesilapan dan kesalahan, teguran amat digalakkan.